Sos Cheesy

Ni satu lagi resepi aku nak share,  da banyak kali buat lupa nak masuk kan sebagai entri.. Sos Cheesy wedges memang sedap rasanya 90% hampir sama mcm sos cheesy KFC. Biasanya aku akan buat banyak2 then simpan dalam peti ais.On morning bila aku buat sandwich aku akan letak sos ni + pickle ( timun jeruk ) Perhhh memang sedap da rasa mcm sandwich SUBWAY. Jimat duit tak payah nak beli sanwich mahal2 tu.. hahahhahaha


P/S :  Resepi timun jeruk nati aku masukan ok..

Untuk cuba sos cheesy ini resepinya :


Sos Cheesy

Bahan-bahan:

  • 2 sudu tepung gandum
  • 2 sudu butter
  • Sedikit serbuk perasa
  • Sedikit lada putih
  • Sedikit lada hitam
  • 2-3 keping cheese
  • 1/4 cawan susu penuh krim
  • Garam secukupnya
  • Serbuk perasa secukupnya
  • Pewarna oren

Cara-cara:
  1. Panaskan kuali kemudian cairkan butter. Pastikan api adalah yang paling kecil.
  2. Kemudian masukkan susu dan tepung gandum. Kacau supaya tidak berketul.
  3. Selepas itu boleh la masukkan cheese. Biarkan sehingga hancur dan kacau sebati.
  4. Masukkan serbuk perasa, garam, lada hitam, lada putih dan pewarna kuning. Kacau sekata sehingga mendapat kepekatan yang dikehendaki.

No comments:

Post a Comment