Daging Black Paper

 


Dah lama aku tak makan daging Black Paper jadi semalam aku pon memulakan operasi didapur. kalau korang nak tahu menu ni boleh dijadikan menu untuk ibu lepas bersalin  sebab dengan adanya lada hitam ia boleh memanaskan badan ibu2 yang dalam berpantang.
Berikut adalah resepinya:


500gm daging batang pinang
1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
2 biji bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk 
1 cm halia - ditumbuk
1 genggam daun bawang
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1/2 cawan air
1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
minyak utk menggoreng
Cara-cara


1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan.

2. Potong daun bawang lebih kurang 1cm.


3. Masukan minyak lebih kurang 5 sudu & kemudian panaskan minyak.  Masukan daging biarkan tunggu sehingga air daging kering dan minyak telah kelihatan. Tutup api

4 Keluarkan daging dan  minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Tumis bahan yang telah ditumbuk tadi, biar sehingga naik bau kemudian masukkan serbuk lada hitam dan kacau. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam, gula dan air. Kacau sebati.

5. Masukkan daging, Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih,  Bila dah agak pekat masukan daun bawang kacau seketika dan boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.









No comments:

Post a Comment