Kepak ayam bermadu kpop

Terjumpa resepi ni kat fb, ingat nak simpan tepi dulu..  Nati ada masa free bole try. Nama resepi ni kepak ayam bermadu panggang tapi aku nak up sikit namanya kepak ayam bermadu Kpop.  Tengok resepi ni terbayang kepak ayam dalam citr running man yang banyak memperkenalkan makan korea. Kadang terliur beb tgok depa makan.. Nampak mcm sedap banget.. Huhuhu

Kata tuan rmpunya resepi:
Resipi kepak ayam ini adalah antara resipi tersedap kami pernah cuba. Habis licin dalam masa kurang 10 minit sebab sedap sangat, tak nak cuba rugi! Haha.

Kepak ayam bermadu Kpop




udang oat

Macam biasala En.Hubby request nk makan spesel. Katanya nak makan udang butter tp susu xde so x dapatlah nk buat udang butter. Pikir punya pikir aku teringat dulu aku pernah terbaca resepi udang goreng oat, klu tak silap dlm gobok aku ada oat.. so reramai kita baca resepi ni.

 Bahan-bahan

Udang 1/2 kilo
Cili padi 5-6 batang dihiris (kalau suka banyak boleh tambah, aku selalu guna 10-12 batang)
Daun kari 1/2 cawan (lagi banyak lagi sodap)
3 sudu besar Butter@Marjerin 
2 sudu besar Nestum (aku selalu lebihkan nestum sebab aku suka manis2 sikit)
3 sudu besar Oat
Tepung jagung agak2 untuk gaul udang@sotong
1/2 sudu teh lada putih 
garam (sila adjust ikut kuantiti udang)
1 sudu teh gula (terpulang citarasa masing-masing) 

Cara-cara

1. Sangaikan oat bercampur nestum sampai keperang-perangan, angkat dan ketepikan
2. Gaulkan udang bersama tepung jagung, lada putih dan garam. Goreng terendam dalam minyak yang banyak. Bila udang dah masak angkat dan tapiskan minyak. Minyak goreng udang boleh simpan sebab dah tak guna minyak lagi. 
3. Panaskan butter ke dalam kuali, masukkan gula, cili padi dan daun kari.
4. Bila daun kari dah garing-garing sedikit, masukkan udang dan gaul rata.
5. Akhir sekali masukkan nestum dan oat yang telah disangai. Adjustkan garam dan gula ikut selera sendiri. Siap untuk dihidangkan.





Majlis Aqiqah anak ku Dhiya Qaisarah & Irfan Naufal

Alhamdulillah Majlis Aqiqah anak ku Dhiya Qaisarah & Irfan Naufal yang kami adakan minggu lepas berjalan dengan lancar. Majlis tersebut kami adakan di Kedah kampung suamiku. Selain Majlis Aqiqah kami juga membuat majlis tahlil untuk Arwah Ayaku Muhammad Yusof Bin Paktik." Semoga Roh ayahku ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

Aku tak banyak dapat membantu almaklumlah dengan keadaan aku, aku cuma dapat membantu packing2 Door Gift untuk org2 Marhaban.. Kebanyakan persiapan dibuat oleh Pn.Azizah binti Som a.k.a my mother in law kesian mama sampai 2 malam tak tidur uruskan majlis ni. Tapi kami bernasib baik sebab adik beradik dari shah alam datang membantu. 

Socks Remedies

Tadi aku terjumpa artikel pasal cara merawat demam & selsema dari GrupNutrisi RemediAlami M'sia 

Aku ingat nak jadikan entri supaya dapat aku gunakan dimasa akan datang 

Cara buat Socks Remedies untuk merawat demam, batuk dan selsema. Tapi pastikan tapak kaki anak tak sejuk waktu nak buat. Jika tapak kaki sejuk, boleh buat Garlic Socks Remedies. 

-Share dari GrupNutrisi RemediAlami M'sia.
Socks Remedies / Penawar menggunakan kaedah stoking.
* Semua penawar yang mahu digunakan perlu lakukan ujian pada kulit anak dahulu..oleskan sedikit bahan yg mahu digunakan, tunggu dalam setengah jam, lihat ada keradangan kulit atau tidak. Jika tidak boleh teruskan, jika ada sila hentikan. Kaedah ini dipanggil PATCH TEST..
Asalnya adalah Wet Socks Remedy / Rawatan Stokin Basah Untuk Demam.
Teknik hidroterapi ini boleh dilakukan di rumah dan boleh membantu mengurangkan demam, menurut University of Maryland Medical Center. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki anda. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks).
Semasa tidur, badan anda akan mula mengedarkan cecair limfa dan darah untuk melawan kaki basah, yang juga merangsang sistem imun. Stoking selalunya akan kering pada waktu pagi. Ulangi rawatan selama lima hingga enam malam berturut-turut seperti yang diperlukan untuk mengurangkan demam anda.
Walaubagaimanapun, selain kaedah wet socks menggunakan air biasa, terdapat beberapa penawar semulajadi yang juga sangat berkesan dalam merawat penyakit selsema atau batuk dan demam untuk melawan virus dan bakteria, iaitu :
>>>1. GARLIC SOCKS MERAWAT SELSEMA / BATUK / DEMAM
Letakkan bawang putih pada stokin anak.
Cara untuk bayi atau anak kecil :
1. Pakaikan anak stoking berlubang besar sedikit sprt jenis berkait atau yg berlubang-lubang.
2. Ambil sehelai lagi stoking, masukkan bawang putih yg telah ditumbuk sedikit, tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih).
Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan shj minyak bawang putih yang telah dibuat sprt tips di atas, dan sapukan pada tapak kaki anak.
Cara buat minyak : Bakar seulas bawang putih tanpa buang kulit, lenyekkan pada minyak zaitun (boleh gunakan minyak masak biasa, minyak kelapa, atau minyak yang tiada bahan yang tidak semulajadi)
Untuk anak yg lebih dewasa :
Boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast.
3. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus .
Garlic enters your system and heads straight for the lungs. Garlic is amazing for the lungs. This is a great way to fight bacterial infections. It also enhances your immune system and fights viruses at the same time
*ONION SOCKS menggunakan kaedah atau cara yang sama seperti Garlic Socks.
*Penawar menggunakan bawang putih ini boleh digunakan untuk merawat apa sahaja penyakit disebabkan virus, bakteria atau fungus manakala bawang merah untuk penyakit disebabkan virus dan bakteria sahaja.

>>>2. LEMON SOCKS MERAWAT DEMAM
Cara merendam stoking dengan jus lemon.
1. Perah jus lemon (lemon organik lebih bagus, jika tiada, guna sahaja lemon biasa) campurkan dalam semangkuk air suam.
2. Rendam stoking beberapa minit hingga benar2 menyerap jus tersebut.
3. Pakaikan pada anak stoking basah tersebut. Biar semalaman.
4. Rendam kembali stoking jika sudah kering ketika tidur dan pakaikan kembali pada kaki.
*Boleh juga gunakan kain dan celup pada jus lemon, kemudian bungkus kaki anak dengan kain tersebut dan pakaikan stoking yang kering pula (1 kain basah dengan jus lemon, lapis dengan 1 stoking kering)
Cara hirisan lemon :
1. Hiris lemon nipis-nipis.
2. Lekatkan pada tapak kaki guna hansaplast atau tak perlu lekat, terus balut dengan stoking.
3. Pakaikan stoking semalaman.
4. Tukar hirisan lemon jika lemon tersebut kering semasa tidur.
>>>3. APPLE CIDER VINEGAR (ACV) / CUKA EPAL MERAWAT DEMAM
1. Ambil ACV kira-kira 2-3 sudu besar, campurkan dalam semangkuk air suam. Atau ikut kadar 1:1
2. Rendam stoking beberapa minit hingga benar2 menyerap jus tersebut.
3. Pakaikan pada anak stoking basah tersebut. Biar semalaman.
4. Rendam kembali stoking jika sudah kering ketika tidur dan pakaikan kembali pada kaki.
*Boleh juga gunakan kain dan celup pada ACV bercampur air suam tadi, kemudian bungkus kaki anak dengan kain tersebut dan pakaikan stoking yang kering pula (1 kain basah dengan ACVn, lapis dengan 1 stoking kering)
*Boleh juga menggunakan cuka kurma atau cuka putih biasa.
Bagaimana sifat asid lemon / acv membantu merawat demam atau menurunkan suhu demam panas?
Ini kerana sifat asid membantu menarik haba daripada kulit dan menarik haba keluar dari kepala dan bersurai ke seluruh badan. Apabila haba dapat bergerak ia menjadi satu alat aktif untuk melawan jangkitan.
Kenapa di kaki?
Kerana kaki kita mengandungi kepekatan yang lebih tinggi kelenjar peluh daripada seluruh badan kita, ia membantu dalam pembebasan haba.-Dr. Mehmet Oz, MD (http://www.sharecare.com/user/dr-mehmet-oz)
>>>Selain itu, boleh juga menggunakan PUTIH TELUR (bagi yang tidak alah pada telur, dan anda akan lihat putih telur seakan masak setelah menyerap haba daripada badan) .
>>>Jel LIDAH BUAYA / ALOE VERA fresh daripada daunnya juga boleh digunakan merawat demam dengan cara sapukan jel pada seluruh tapak kaki dan pakaikan stokin, oleskan lagi jel tersebut 2-3 kali diwaktu pesakit sedang tidur.

Ayam Masak Kicap Lemak Manis

Arini merayau2 kat rmh pakcik google tiba2 terjumpa resepi Ayam Masak Kicap ni, nampak ada kelainan sbb ada letak susu pekat manis so wajib cuba ni,

Pape kena simpan dulu resepi ni.  Sonang dikemudian hari ! Nati kalau aku da masak, aku update pic okei


Bahan-Bahan:
Ayam ( dilumur garam kunyit dan goreng)
1 biji ubi kentang dipotong nipis ( digoreng)
I biji cili merah ( dihiris )
1 sudu cili kisar
Daun bawang
Susu pekat manis
Lada hitam ( ditumbuk kasar)
Rempah penumis ( kayu manis, bunga lawang )

Bahan sos:
Kicap pekat
Kicap manis
Sos tomato
Sos tiram

Bahan bahan kisar:
1/2 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak.

Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga sebati. Masukkan air.

Setelah mendidih,  masukkan susu pekat, serbuk lada hitam, bawang besar dan cili hidup. Akhir sekali masukkan ayam bersama ubi kentang yang digoreng. Gaul-gaulkan seketika sebelum ditutup api. 

Sebelum dihidangkan, taburkan sedikit hirisan daun sadri atau daun bawang.

Selamat mencuba....


KUIH KASWI

Hari ni kerja rumah aku berjalan lancar, pukul 10pagi da siap masak nasi dan  lauk, Oleh sbb banyak sgt masa free aku ingat nak buat kuih kaswi lagi pun kelapa putih baki buat apam masih ada. Ni first time buat, minta2 menjadi lah sbb aku nak bg suprise kat En.Hubby ( ni kuih feberet dia).  Resepi aku dapat mcm biasa dari  pakcik google... nati aku update gambo hasil kuih ku okey

KUIH KASWI

Bahan Sirap [masak dan sejukkan]
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir

Bahan Kuih
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi/jagung
1 sudu kecil air kapur makan [optional]
Kelapa parut (muda/putih saja)
Sedikit garam

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan.
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak [30 minit]
5. Tunggu sehingga sejuk baru boleh potong dengan pisau pelastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
7. Lumurkan kuih yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

Itik Salai Masak Lemak Cili Api & Itik Panggang

Arini aku masak udang masak lemak cili api tapi resepi biasa2 je.., La ni aku nak cite pasal itik. Kelmarin kakak aku datang bawak itik salai yang mak aku kirim dari negeri 9. Mati-mati aku ingat itik salai ni teksture dia macam itik panggang ( da bole terus ngap ). Rupa-rupanya kena masak dulu.. Disebabkan size itik ni agak besar aku bahagi 2.  Kelmari aku buat masak lemak resepi ni aku google then aku olah sikit2.. Alhamdulillah sedap, kakak aku smpai tambah 2 kali makan, takut nati lupa resepinya so aku letak lah kat blog ni.. sonang kemudian ari kalau nak buat.


Bahan-Bahan

Itik Salai (1/2  ekor) beli yang sudah siap salai dan dipotong kecil
Bawang putih - 3 ulas besar
Bawang besar - 1 biji besar
Serai  - 2 batang
Serbuk kunyit – 1 sudu kecil
Cili padi - 10 tangkai
Cili hijau dan cili merah (4 tangkai)
Santan - 1 biji kelapa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Cara-cara
Panaskan minyak dalam periuk (minyak tak perlu banyak, cukup utk panaskan periuk saja)
Tumbuk cili putih, cili merah, kunyit hidup, cili padi dan serai
Hiris bawang besar
Masukkan bahan tumbuk dan bawang besar ke dalam periuk (tak perlu garing sgt)
Masukkan air secukupnya dan biarkan sehingga itik masak (lebih kurang 15 minit)
Kisar kelapa parut, perah dan masukkan santan ke dalam periuk
Kacau sehingga santan sebati (jangan tinggal, jika tidak santan akan berketul dan kuah tidak sedap)
Masukkan garam dan gula secukup rasa
Tabur cili merah dan cili hijau
Sedia untuk dihidangkan


Oleh sebab ada lagi separuh itik Mr.Hubby request nak makan itik panggang. Kami berdua ni bukan pengemar itik tapi 2 tahun lepas kami pergi ke Mid valley makan kat area Food Court ( dkt cinema tu). En.Hubby try la makan Wanton Mee with Rosted Duck.. sumpah first time kami berdua makan terus jatuh cinta dgn makanan tu memang sedap gilerr. So arini En.Hubby bagi aku cabaran utk msk itik panggang ala-2 chinese style. Aku pon sahut cabaran itu,.. Langkah pertama aku pon mintak la bantuan pakcik google, setelah menapis-napis & menambah serba sedikit bahan yang ada kat rumah.. maka inilah hasilnya


Bahan-bahan

½  ekor  itik salai*
2 kuntum bunga lawang*
3 kuntum bunga cengkih*
2 biji buah pala*
2 helai daun bay*
2 labu bawang besar didadu*
2 sudu besar herba campur *
Garam*
Kicap lemak masin
1 sudu gula merah
Sos tiram
air untuk merebus


Cara-caranya

Rebus semua bahan2 bertanda * selama  setengah jam.
Satukan kicap, gula merah & sos tiram utk menjadi pes
Keluarkan itik dari periuk. Letakkan diatas redai untuk proses melumur kicap. Lumurkan pes keseluruh badan itik tersebut dan rehatkan sebentar untuk pes melekat pada kulit itik. Lebih elok kalau didedahkan pada jemuran matahari.
Ulangi proses lumur dan jemur lagi sehingga pes sebati dengan kulit itik tadi.
Masukkan itik kedalam oven dan panggang sehingga kulit kelihatan agak garing. Boleh juga digunakan teknik BBQ ataupun digoreng. Tidak perlu terlalu lama memanggang kerana daging itik telah sedia masak.