Ayam Masak Kicap Lemak Manis

Arini merayau2 kat rmh pakcik google tiba2 terjumpa resepi Ayam Masak Kicap ni, nampak ada kelainan sbb ada letak susu pekat manis so wajib cuba ni,

Pape kena simpan dulu resepi ni.  Sonang dikemudian hari ! Nati kalau aku da masak, aku update pic okei


Bahan-Bahan:
Ayam ( dilumur garam kunyit dan goreng)
1 biji ubi kentang dipotong nipis ( digoreng)
I biji cili merah ( dihiris )
1 sudu cili kisar
Daun bawang
Susu pekat manis
Lada hitam ( ditumbuk kasar)
Rempah penumis ( kayu manis, bunga lawang )

Bahan sos:
Kicap pekat
Kicap manis
Sos tomato
Sos tiram

Bahan bahan kisar:
1/2 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak.

Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga sebati. Masukkan air.

Setelah mendidih,  masukkan susu pekat, serbuk lada hitam, bawang besar dan cili hidup. Akhir sekali masukkan ayam bersama ubi kentang yang digoreng. Gaul-gaulkan seketika sebelum ditutup api. 

Sebelum dihidangkan, taburkan sedikit hirisan daun sadri atau daun bawang.

Selamat mencuba....


KUIH KASWI

Hari ni kerja rumah aku berjalan lancar, pukul 10pagi da siap masak nasi dan  lauk, Oleh sbb banyak sgt masa free aku ingat nak buat kuih kaswi lagi pun kelapa putih baki buat apam masih ada. Ni first time buat, minta2 menjadi lah sbb aku nak bg suprise kat En.Hubby ( ni kuih feberet dia).  Resepi aku dapat mcm biasa dari  pakcik google... nati aku update gambo hasil kuih ku okey

KUIH KASWI

Bahan Sirap [masak dan sejukkan]
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir

Bahan Kuih
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi/jagung
1 sudu kecil air kapur makan [optional]
Kelapa parut (muda/putih saja)
Sedikit garam

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan.
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak [30 minit]
5. Tunggu sehingga sejuk baru boleh potong dengan pisau pelastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
7. Lumurkan kuih yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

Itik Salai Masak Lemak Cili Api & Itik Panggang

Arini aku masak udang masak lemak cili api tapi resepi biasa2 je.., La ni aku nak cite pasal itik. Kelmarin kakak aku datang bawak itik salai yang mak aku kirim dari negeri 9. Mati-mati aku ingat itik salai ni teksture dia macam itik panggang ( da bole terus ngap ). Rupa-rupanya kena masak dulu.. Disebabkan size itik ni agak besar aku bahagi 2.  Kelmari aku buat masak lemak resepi ni aku google then aku olah sikit2.. Alhamdulillah sedap, kakak aku smpai tambah 2 kali makan, takut nati lupa resepinya so aku letak lah kat blog ni.. sonang kemudian ari kalau nak buat.


Bahan-Bahan

Itik Salai (1/2  ekor) beli yang sudah siap salai dan dipotong kecil
Bawang putih - 3 ulas besar
Bawang besar - 1 biji besar
Serai  - 2 batang
Serbuk kunyit – 1 sudu kecil
Cili padi - 10 tangkai
Cili hijau dan cili merah (4 tangkai)
Santan - 1 biji kelapa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Cara-cara
Panaskan minyak dalam periuk (minyak tak perlu banyak, cukup utk panaskan periuk saja)
Tumbuk cili putih, cili merah, kunyit hidup, cili padi dan serai
Hiris bawang besar
Masukkan bahan tumbuk dan bawang besar ke dalam periuk (tak perlu garing sgt)
Masukkan air secukupnya dan biarkan sehingga itik masak (lebih kurang 15 minit)
Kisar kelapa parut, perah dan masukkan santan ke dalam periuk
Kacau sehingga santan sebati (jangan tinggal, jika tidak santan akan berketul dan kuah tidak sedap)
Masukkan garam dan gula secukup rasa
Tabur cili merah dan cili hijau
Sedia untuk dihidangkan


Oleh sebab ada lagi separuh itik Mr.Hubby request nak makan itik panggang. Kami berdua ni bukan pengemar itik tapi 2 tahun lepas kami pergi ke Mid valley makan kat area Food Court ( dkt cinema tu). En.Hubby try la makan Wanton Mee with Rosted Duck.. sumpah first time kami berdua makan terus jatuh cinta dgn makanan tu memang sedap gilerr. So arini En.Hubby bagi aku cabaran utk msk itik panggang ala-2 chinese style. Aku pon sahut cabaran itu,.. Langkah pertama aku pon mintak la bantuan pakcik google, setelah menapis-napis & menambah serba sedikit bahan yang ada kat rumah.. maka inilah hasilnya


Bahan-bahan

½  ekor  itik salai*
2 kuntum bunga lawang*
3 kuntum bunga cengkih*
2 biji buah pala*
2 helai daun bay*
2 labu bawang besar didadu*
2 sudu besar herba campur *
Garam*
Kicap lemak masin
1 sudu gula merah
Sos tiram
air untuk merebus


Cara-caranya

Rebus semua bahan2 bertanda * selama  setengah jam.
Satukan kicap, gula merah & sos tiram utk menjadi pes
Keluarkan itik dari periuk. Letakkan diatas redai untuk proses melumur kicap. Lumurkan pes keseluruh badan itik tersebut dan rehatkan sebentar untuk pes melekat pada kulit itik. Lebih elok kalau didedahkan pada jemuran matahari.
Ulangi proses lumur dan jemur lagi sehingga pes sebati dengan kulit itik tadi.
Masukkan itik kedalam oven dan panggang sehingga kulit kelihatan agak garing. Boleh juga digunakan teknik BBQ ataupun digoreng. Tidak perlu terlalu lama memanggang kerana daging itik telah sedia masak.

Apam Tepung Gandum

Minum petang punya  cerita.. meh kita layan apam tepung gandum sambil minum kopi O.  kat bawah ni ada resepi nya, aku wat setengah adunan jer sbb yang nk makan tiga org jer.

3 cawan tepung gandum   - ( aku guna  1 ½ cawan )

1 1/2 cawan gula putih  - ( aku guna 1 ¼ cawan )

2 cawan air – ( aku guna 1 cawan)

1 paket Mauripan (11gram punyer) - ( aku guna ½ peket)

1 cawan air suam – ( aku guna ½ cawan )

Pewarna ikut citarasa sendiri (aku pilih ijau)



CARA-CARANYA

1. Masukkan 3 cawan tepung gandum dan 1 1/2 cawan gula, gaul bersama dan ketepikan.
2. Larutkan Mauripan tu ke dalam 1 cawan air suam, pastikan larut sepenuhnya.
3. Kemudian tuangkan bancuhan No . 2 di atas ke dalam adunan No. 1.
4. Gaulkan perlahan2, kemudian masukkan 2 cawan air sedikit demi sedikit, gaul sehingga aduan rata.
5. Masukkan pewarna pilihan 1 sudu kecil.
nota : adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair...
6. Biarkan di dalam bekas selama lebih kurang 2 jam. Adunan akan mengembang dengan sendirinya.
7. Selepas diperam selama 2 jam, letakkan pengukus di atas dapur, biarkan sehingga air
pengukus menggelegak kemudian, baru masukkan adunan tersebut untuk dikukus dalam

tempoh 30 minit.

Jeruk Timun @ Pickle

Da banyak kali buat cuma tak update je dalam blog sbb lately ni busy sikit .. superhero dua2 ada kat rmh. Hari ni baru free sbb Rayyan Darwisy da balik Sg.Petani ( sekolah tadika  disana). Yang lagi 2 org Irfan Naufal & Dhiya Qaisarah ada kat rmh jiran sebelah.

So masa ada free sikit ni sementara tgh tunggu mesin basuh habis basuhan.. meh kita layan resepi jeruk timun ni.. mmg sedap terasa macam mkn burger Big Mac (  saya da 6 bulan boikot MCD).


Bahan-Bahan:

6-7 biji Timun bersaiz kecil - basuh da toskan lap kering dengan paper towel
1/2 cawan gula pasir
3 sudu makan gula merah
1 sudu makan garam
1/2 cawan cuka
2 cawan air 
1 botol/balang kaca

Cara:

1. Masakkan gula pasir, gula timbang dan garam dengan air hingga mendidih, sejukkan dahulu baru dimasukkan cuka, kacau rata.
2. Susunkan timun kecil di dalam balang/botol  dan curahkan dengan bahan yang kita masak tadi. Biarkan jeruk selama 3-4 hari sebelum digunakan.  Boleh tahan lama jika gunakan sudu yang bersih dan kering. Sedap dimakan bersama sandwich atau burger..cubalahh..

Bihun Kari

En. Hubby teringin nak makan bihun kari... tak letak banyak bahan pon sbb nak perabihkan bahan dlm peti ais jer.. Ni resepinya


Bahan-bahan utk dikisar

2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 cm halia
1/2 cm lengkuas

Bahan bahan lain

Daun kari
2 batang serai ( dititik )
3 keping asam keping
2 sudu besar rempah kari daging / ayam
1 tin susu cair
( kalau guna santan 1/2 mangkuk santan pekat )
Fishball
Taupok
Isi kerang ( rebus dahulu )
Kacang panjang ( potong dan celur )
Taugeh ( celur )
Telur rebus
1/2 mangkuk kecil ayam ( potong kecil )
1/2 mangkuk kecil udang ( celur sebentar )
1 kiub ayam
Air secukupnya
Garam dan perasa


Caranya

Panaskan minyak tumis bahan kisar, serai dan daun kari sehingga garing
Masukkan rempah kari dan tumis sehingga pecah minyak ( tambah air sedikit jika perlu )
Apabila dah garing, masukkan ayam, air dan kiub ayam
Sukatan air ikut banyak mana kuah yg anda mahukan
Masukkan asam keping dan masak sehingga ayam empuk
Bila dah empuk masukkan taupok biarkan ia reneh sebentar
Masukkan garam dan perasa dan akhir sekali masukkan susu cair
Kacau rata dan matikan api

Sambal

Bahan utk sambal

2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 cm belacan
15 batang cili kering ( potong dan rendam dahulu )

Caranya

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak

Bila dah garing masukan garam dan perasa