Sos Cheesy

Ni satu lagi resepi aku nak share,  da banyak kali buat lupa nak masuk kan sebagai entri.. Sos Cheesy wedges memang sedap rasanya 90% hampir sama mcm sos cheesy KFC. Biasanya aku akan buat banyak2 then simpan dalam peti ais.On morning bila aku buat sandwich aku akan letak sos ni + pickle ( timun jeruk ) Perhhh memang sedap da rasa mcm sandwich SUBWAY. Jimat duit tak payah nak beli sanwich mahal2 tu.. hahahhahaha


P/S :  Resepi timun jeruk nati aku masukan ok..

Untuk cuba sos cheesy ini resepinya :


Sos Cheesy

Bahan-bahan:

  • 2 sudu tepung gandum
  • 2 sudu butter
  • Sedikit serbuk perasa
  • Sedikit lada putih
  • Sedikit lada hitam
  • 2-3 keping cheese
  • 1/4 cawan susu penuh krim
  • Garam secukupnya
  • Serbuk perasa secukupnya
  • Pewarna oren

Cara-cara:
  1. Panaskan kuali kemudian cairkan butter. Pastikan api adalah yang paling kecil.
  2. Kemudian masukkan susu dan tepung gandum. Kacau supaya tidak berketul.
  3. Selepas itu boleh la masukkan cheese. Biarkan sehingga hancur dan kacau sebati.
  4. Masukkan serbuk perasa, garam, lada hitam, lada putih dan pewarna kuning. Kacau sekata sehingga mendapat kepekatan yang dikehendaki.

Chicken ButterMilk

Salam Ahad semua...
Hari ni kami bertiga tidak pergi ke mana2. Planning hari ini saya dan suami hendak menyiapkan deco bilik anak bujang kami yang akan balik pada minggu depan. Memandangkan umur super hero kami dah berumur 4 tahun & 2. Jadi kami putuskan hendak pisahkan mereka tidur satu bilik dgn kami. Yer lah bayangkan kalau dah lima2 tidur dalam satu bilik tak ke mcm tin sardin ?
So, sebelum memulakan operasi saya bagi En.Hubby makan best2 dulu.. nak bagi tambah tenaga. Menu spesel hari Chicken ButterMilk.
Resepinya seperti berikut :

  • Ayam (untuk 4 orang makan - ayam tu potong la kecik-kecik)
  • 1 sudu besar serbuk kari (aku suka cap Alagapas)
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung gandum 
  • sedikit garam
  • sedikit gula
  • 1/2 tin susu cair (kalau nak kuah banyak - lebihkan susu cair)
  • 3 sudu butter
  • Daun Kari
  • 3 biji bawang merah (- hiris atau potong dadu. aku guna setengah bawang holand)
  • 1 ulas bawang putih (ketuk2 jer)
  • 6 biji cili api hijau 
  • Minyak untuk goreng ayam
 Cara masaknya :
  1. Gaulkan ayam dengan serbuk kari dan sedikit garam. Rata dan sebatikan dulu dengan serbuk kari baru masukkan tepung jagung dan tepung gandum ke dalam ayam.
  2. Goreng ayam sehingga masak (guna minyak biasa yer..)
  3. Dah masak ayam, panaskan kuali plak dan masukkan butter.
  4. Bila butter dah cair, masukkan bawang putih, bawang merah, cili api dan daun kari.
  5. Masukkan susu cair bila bawang dah garing sedikit.
  6. Biarkan susu cair tu mendidih sekejap dan kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masukkan sedikit gula jika suka.
  7. Kalau suka dan nak kuah ayam tu pekat, masak la lama sikit supaya kuahnya pekat gituuu..
  8. Tapi aku suka kuahnya cair sikit. So, biarkan sekejap jer ayam tu. Bagi kuahnya pekat sikit2 jer. 
  9. Dan kalo terlajak pekat sangat, tambah jer air sikit.
  10. Dah siap, makan dengan nasi panas2..

Daging Black Paper

 


Dah lama aku tak makan daging Black Paper jadi semalam aku pon memulakan operasi didapur. kalau korang nak tahu menu ni boleh dijadikan menu untuk ibu lepas bersalin  sebab dengan adanya lada hitam ia boleh memanaskan badan ibu2 yang dalam berpantang.
Berikut adalah resepinya:


500gm daging batang pinang
1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
2 biji bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk 
1 cm halia - ditumbuk
1 genggam daun bawang
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1/2 cawan air
1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
minyak utk menggoreng
Cara-cara


1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan.

2. Potong daun bawang lebih kurang 1cm.


3. Masukan minyak lebih kurang 5 sudu & kemudian panaskan minyak.  Masukan daging biarkan tunggu sehingga air daging kering dan minyak telah kelihatan. Tutup api

4 Keluarkan daging dan  minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Tumis bahan yang telah ditumbuk tadi, biar sehingga naik bau kemudian masukkan serbuk lada hitam dan kacau. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam, gula dan air. Kacau sebati.

5. Masukkan daging, Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih,  Bila dah agak pekat masukan daun bawang kacau seketika dan boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.









Breast Pump

Yahoo...Hari ini aku terima parcel Breast Pump Autumnz Blizz, Alhamdulillah planning aku untuk menyusukan Dhiya Qaisarah dipermudahkan. Mesti ada yang pelik kenapa aku tak menyusukan Dhiya secara biasa sedangkan aku  bukannya bekerja.
 Ceritanya macam ni selepas aku melahirkan Dhiya Qaisarah aku mengalami back pain yang teramat teruk, aku hanya mampu terbaring sahaja. Jadi Dhiya Qaisarah telah diberi formula milk. Oleh sebab dah terbiasa menghisap puting botol susu botol bila aku bagi puting aku dia menolaknya. Dia buat-buat muntah.. Geram je aku dekat anak dara sorang tu.
Sekarang ni aku da bertambah sihat dan kuat so aku tidak akan mengalah, aku akan berjuang untuk memberi anakku susu badan, So my planning, aku akan memberi dia susu badan dgn cara perahan, Hari ini adalah hari pertama aku memerah susu 30 minit yang pertama aku cuma dapat 10ml. It's ok banyak lagi usaha yang aku kena lakukan, mereka yang menghadapi masalah macam aku berikut adalah panduan untuk menbahkan susu badan :


Lobak putih
- Sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis.  Boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.

Buah longan kering
- Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli.  Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.

Kurma
- Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium.  Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu

Pucuk betik/Betik muda
- Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.

Halba/Fenugreek
- Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya.  Boleh juga diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi.

Habbatus sauda/Jintan hitam/Black seed
- Salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah.  Amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut.  Boleh didapati dalam bentuk kapsul.

Moringa/murunggai/pokok kelor
- Pokok murunggai terkenal di kalangan masyarakat India dan dikenali sebagai pokok kelor dalam masyarakat Melayu kita.  Selain menambah susu ibu ia juga sesuai dimakan ketika sakit tekak ataupun selesema. Boleh didapati dalam bentuk kapsul dan uncang teh.

Jantung pisang
- Boleh di celur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau dimasak gulai lemak.

Daun cekur manis/pucuk manis
- Sedap dimasak gulai lemak sepertimana ulam jantung pisang.

Kacang soya
- Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu. Walaubagaimanapun, pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini.


Pengambilan Air
- Haruslah diingat bahawa ibu menyusu mestilah kerap meminum air kosong supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.  Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang.  Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Pemakanan seimbang
- Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan.  Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian.  Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.

Psikologi
Susu saya cukup untuk bayi saya!
Dari sudut psikologi pula, digalakkan para ibu berfikiran positif dengan beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi. Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu.  Sentiasa tetapkan dalam minda yang mengatakan bahawa susu saya cukup untuk bayi saya.  Insha-Allah, ibu akan berasa lebih tenang dan tidak tertekan, seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Kekerapan mengepam
- Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep DEMAND VS SUPPLY.  Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda.   Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak/breast penuh.  Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil.  Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada bersama anda.

Doa
- Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan sebagainya.  Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda sehingga berumur dua tahun terutamanya  setiap kali selepas solat.
Point-point di atas adalah antara cara menambah susu badan. Selain itu,jika anda ibu-ibu yang menyusu bayi berasa cepat letih, tiada tenaga, selalu stress dan tertekan, saya mencadangkan agar anda mengambil suplemen tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi di dalam tubuh anda. Suplemen berfungsi untuk memastikan tubuh kita sihat, ada tenaga, tidak stress. Barula penyusuan dapat berlangsung dengan lancar

AKU PENGHIDAP ARACNOIDITIS

Hari ini 8-11-2014 adalah hari yang paling ngeri dalam hidupku.. Setahun yang lepas pada tarikh ini (8/11/2013). aku sedang terlantar diatas katil hospital dan sedang menunggu masa untuk menjalani pembedahan neurosugery yang pertama (saraf tunjang). Hari ini juga titik permulaan yg mengubah hidupku 100%. Aku penghidap aracnoiditis dan mengalami kelumpuhan kaki dari pinggang kebawah. 


Apa itu Aracnoiditis ?

Arachnoiditis adalah keadaan yang melemahkan anggota badan dan ditandai dengan rasa pedih dan perit pada kulit seolah-olah terbakar serta masalah neurologi. Hal ini disebabkan oleh keradangan pada lapisan-orang arachnoid 3 lapisan yang mengelilingi otak dan saraf tunjang. Keradangan ini disebabkan saraf tersebut cedera atau sakit kerana telah melekat akar saraf dan pembuluh darah.

  Gejala utama dari arachnoiditis adalah kronik dan sakit yang berterusan di belakang yang lebih rendah, anggota bawah atau, dalam kes-kes yang teruk, seluruh badan. Gejala-gejala lain mungkin termasuk:

  •      Rasa kebas, hilang deria rasa sentuhan, atau kelemahan pada kaki.
  •      Rasa aneh seperti serangga merangkak pada kulit atau air mengalir ke bawah kaki.
  •      Rasa sakit pinggang yang menjalar ke kaki dan tetap walaupun ketika beristirehat.
  •      Rasa kejutan elektrik yang  menjalar ke kaki secara tiba-tiba.
  •      Kekejangan otot, sesak, dan bergerak-gerak yang tidak terkawal
  •      Kegagalan mengawal fungsi pundi kencing, usus, dan / atau disfungsi seksual


Jika penyakit berkembang, gejala mungkin menjadi lebih teruk atau kekal. Gangguan ini boleh menjadi sangat melemahkan, kerana rasa sakit yang berterusan dan sukar dikawal. Kebanyakan orang dengan arachnoiditis tidak mampu bekerja dan mempunyai kecacatan ketara.

 

Apakah punca Aracnoiditis ? 

 

  • Trauma / pembedahan yang disebabkan oleh:

Arachnoiditis telah lama dikenal sebagai komplikasi yang jarang pembedahan tulang belakang (terutama selepas beberapa atau kompleks pembedahan) atau trauma pada tulang belakang. Sebab-sebab lain yang serupa termasuk beberapa tusukan lumbar (terutama jika ada "paip berdarah" dengan pendarahan masuk ke dalam bendalir tulang belakang), stenosis tulang belakang maju, atau penyakit cakera degeneratif kronik.

  •    Kimia yang disebabkan oleh:

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, myelograms telah datang di bawah pengawasan sebagai kemungkinan penyebab keadaan ini. Myelogram A adalah ujian diagnostik di mana media kontras radiografik (dye) disuntik ke kawasan sekitarnya saraf tunjang dan saraf. Pewarna ini kemudian dilihat pada x-ray, CT scan, atau MRI dan digunakan oleh doktor untuk mendiagnosis keadaan tulang belakang. Sekarang ada kebimbangan bahawa pendedahan (exposure terutama berulang) dengan beberapa pewarna yang digunakan dalam myelograms boleh menyebabkan arachnoiditis. Begitu juga, terdapat kebimbangan bahawa bahan pengawet yang terdapat dalam suntikan epidural steroid boleh menyebabkan arachnoiditis, terutamanya jika ubat tidak sengaja memasuki cecair tulang belakang serebrum.

  • Jangkitan yang disebabkan oleh:

Arachnoiditis juga boleh disebabkan oleh jangkitan tertentu yang memberi kesan kepada tulang belakang seperti meningitis virus dan kulat atau TB

Adakah penyakit ini boleh pulih dan bagaimana merawatnya ?

 

TIADA ubat untuk arachnoiditis.

Pilihan rawatan yang diarahkan untuk melegakan kesakitan dan adalah sama dengan rawatan bagi lain-lain keadaan sakit kronik.

Beberapa contoh termasuk yang berikut:

  • Ubat penahan sakit seperti NSAID, kortikosteroid (secara lisan atau disuntik), ubat-ubatan anti-kejang, anti-convulsants (untuk membantu dengan kesakitan yang terbakar), dan dalam beberapa kes, ubat penahan sakit narkotik. Beberapa ubat-ubatan ini boleh diberikan melalui pam intratekal yang apabila ditanam di bawah kulit, boleh mentadbir ubat terus ke saraf tunjang.

  • Terapi fizikal seperti hidroterapi, urutan dan terapi panas / sejuk.

  •  Transkutan saraf Stimulasi Elektrik (TENS) ialah rawatan di mana arus elektrik tanpa rasa sakit dihantar ke saraf tertentu melalui patch elektrod yang diletakkan pada kulit. Arus elektrik yang sederhana menghasilkan panas yang berfungsi untuk melegakan kekejangan, meningkatkan mobiliti dan melegakan kesakitan.Kord perangsang tulang belakang adalah alat yang menghantar isyarat elektrik ke saraf tunjang untuk menghilangkan rasa sakit.

  • Pembedahan tidak digalakkan untuk arachnoiditis kerana ia hanya menyebabkan lebih banyak tisu parut untuk membangunkan dan mendedahkan saraf tunjang yang telah jengkel trauma lagi.

    Hidup dengan Aracnoiditis

     Malangnya, keadaan ini boleh menyebabkan ketidakupayaan yang serius. Ia tidak mudah untuk hidup dengan rasa sakit kronik. Bukan sahaja ia memberi kesan buruk kepada badan pesakit, ia juga boleh menyebabkan tekanan mental juga. Penderita arachnoiditis digalakkan untuk menyertai kumpulan sokongan atau mencari kedai terapi lain untuk tekanan. Kaedah rawatan yang perlu memberi tumpuan kepada melegakan kesakitan dan mengekalkan kualiti hidup. Lebih banyak kajian diperlukan tentang hal ini dan lain-lain keadaan sakit kronik sehingga suatu hari nanti penawar itu boleh dijumpai.

    Bagaimana aku boleh menghidap sakit ini akan aku ceritakan di entry akan datang.