Itik Salai (1/2 ekor)
beli yang sudah siap salai dan dipotong kecil
Bawang putih - 3 ulas besar
Bawang besar - 1 biji besar
Serai - 2 batang
Serbuk kunyit – 1 sudu kecil
Cili padi - 10 tangkai
Cili hijau dan cili merah (4 tangkai)
Santan - 1 biji kelapa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak
Cara-cara
Panaskan minyak dalam periuk (minyak tak perlu banyak, cukup
utk panaskan periuk saja)
Tumbuk cili putih, cili merah, kunyit hidup, cili padi dan
serai
Hiris bawang besar
Masukkan bahan tumbuk dan bawang besar ke dalam periuk (tak
perlu garing sgt)
Masukkan air secukupnya dan biarkan sehingga itik masak
(lebih kurang 15 minit)
Kisar kelapa parut, perah dan masukkan santan ke dalam
periuk
Kacau sehingga santan sebati (jangan tinggal, jika tidak
santan akan berketul dan kuah tidak sedap)
Masukkan garam dan gula secukup rasa
Tabur cili merah dan cili hijau
Sedia untuk dihidangkan
Oleh sebab ada lagi separuh itik Mr.Hubby request nak makan itik panggang. Kami berdua ni bukan pengemar itik tapi 2 tahun lepas kami pergi ke Mid valley makan kat area Food Court ( dkt cinema tu). En.Hubby try la makan Wanton Mee with Rosted Duck.. sumpah first time kami berdua makan terus jatuh cinta dgn makanan tu memang sedap gilerr. So arini En.Hubby bagi aku cabaran utk msk itik panggang ala-2 chinese style. Aku pon sahut cabaran itu,.. Langkah pertama aku pon mintak la bantuan pakcik google, setelah menapis-napis & menambah serba sedikit bahan yang ada kat rumah.. maka inilah hasilnya
Bahan-bahan
½ ekor itik salai*
2 kuntum bunga lawang*
3 kuntum bunga cengkih*
2 biji buah pala*
2 helai daun bay*
2 labu bawang besar didadu*
2 sudu besar herba
campur *
Garam*
Garam*
Kicap lemak masin
1 sudu gula merah
Sos tiram
air untuk merebus
Cara-caranya
Rebus semua bahan2 bertanda * selama setengah jam.
Satukan kicap, gula merah & sos tiram utk menjadi pes
Keluarkan itik dari periuk. Letakkan diatas redai untuk
proses melumur kicap. Lumurkan pes keseluruh badan itik tersebut dan rehatkan
sebentar untuk pes melekat pada kulit itik. Lebih elok kalau didedahkan pada
jemuran matahari.
Ulangi proses lumur dan jemur lagi sehingga pes sebati
dengan kulit itik tadi.
Masukkan itik kedalam oven dan panggang sehingga kulit
kelihatan agak garing. Boleh juga digunakan teknik BBQ ataupun digoreng. Tidak
perlu terlalu lama memanggang kerana daging itik telah sedia masak.
No comments:
Post a Comment