Minum petang punya
cerita.. meh kita layan apam tepung gandum sambil minum kopi O. kat bawah ni ada resepi nya, aku wat setengah
adunan jer sbb yang nk makan tiga org jer.
3 cawan tepung gandum
- ( aku guna 1 ½ cawan )
1 1/2 cawan gula putih
- ( aku guna 1 ¼ cawan )
2 cawan air – ( aku guna 1 cawan)
1 paket Mauripan (11gram punyer) - (
aku guna ½ peket)
1 cawan air suam – ( aku guna
½ cawan )
Pewarna ikut citarasa sendiri (aku pilih ijau)
CARA-CARANYA
1. Masukkan 3 cawan tepung gandum dan 1 1/2 cawan gula, gaul
bersama dan ketepikan.
2. Larutkan Mauripan tu ke dalam 1 cawan air suam, pastikan
larut sepenuhnya.
3. Kemudian tuangkan bancuhan No . 2 di atas ke dalam adunan
No. 1.
4. Gaulkan perlahan2, kemudian masukkan 2 cawan air sedikit
demi sedikit, gaul sehingga aduan rata.
5. Masukkan pewarna pilihan 1 sudu kecil.
nota : adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu
cair...
6. Biarkan di dalam bekas selama lebih kurang 2 jam. Adunan
akan mengembang dengan sendirinya.
7. Selepas diperam selama 2 jam, letakkan pengukus di atas
dapur, biarkan sehingga air
pengukus menggelegak kemudian, baru masukkan adunan tersebut
untuk dikukus dalam
tempoh 30 minit.
No comments:
Post a Comment